PROGRAM PENDIDIKAN PRIHATIN PENYAYANG RAKYAT JELATA
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pendidikan awal adalah asas dan pendidikan lanjutan akan membentuk kehidupan kita di masa depan. Pada masa kini, kebanyakan orang berpeluang menerima system pendidikan yang lengkap, sama ada yang disediakan oleh negara atau yang dibayar secara peribadi, dan kebanyakan rakyat negara tidak perlu bimbang tentang masalah ini.
Walau bagaimana pun, masih ada sekelompok golongan yang kurang bernasib baik dan tidak boleh menikmati kemudahan ini disebabkan oleh masalah kemiskinan , ibu bapa tunggal atau mereka tidak dapat memperolehi status kewarganegaraan yang sah, dan sebagainya.
Pada masa-masa sukar ini, ramai orang juga menghadapi kesulitan masalah pengangguran atau kekurangan kemahiran untuk mendapatkan kerjaya yang lebih baik.. Kami berharap dapat melakukan yang terbaik untuk mengatur dan mensosialisasikan kumpulan ini untuk mendapatkan perhatian, dan mempunyai peluang yang adil untuk menerima pendidikan asas dan lanjutan serta latihan vokasional.
Organasi Prihatin Penyayang mengalu-alukan dan mengharapkan institusi pendidikan dan vokasional bekerjasama dengan organisasi kami untuk menolong kumpulan yang kurang bernasib baik untuk menikmati peluang pelajaran yang sama seperti kita dengan adilnya.
Semua pihak (organisasi/ institusi atau individu) yang memenuhi syarat diseru supaya ambil bahagian dalam projek ini secara percuma.
Biarlah kita bekerjasama mempromosikan projek untuk menolong golongan yang kurang bernasib baik, supaya mereka mendapat layanan yang adil dan praktikal dalam projek ini.
Kumpulan benefisiari utama:
Pengembara/Tramp
Orang Kurang Upaya
Orang yang mengalami sakit mental/terencat akal
Keluarga miskin dan ibu bapa tunggal
Anak Yatim
Penganggur
Dibuka untuk cadangan dan aplikasi awam
Bantuan Pendidikan Asas
Penerima utama adalah pelajar dari keluarga miskin atau mereka yang tidak dapat memperoleh pendidikan asas akta undang-undang nasional.
(contohnya ibu bapa tunggal atau anak yatim yang tidak boleh mendaftar secara rasmi atau sedang memohon kelulusan status kewarganegaraan)
Menyediakan pelbagai kursus peningkatan pengetahuan dan kemahiran:
Kemahiran Hidup
Pengurusan Kewangan
Pengetahuan Kewangan
Latihan Kemahiran
Kemajuan Kerjaya
Mengupah atau bekerjasama dengan tukang seni untuk mengajar pembuatan atau pemulihan kraf tangan — membeli barangan keperluan, bekerjasama dengan pereka seni dan pihak pengkilangan untuk pengeluaran produk, membuat dan memuat skrip ke Platform Prihatin e-dagangan Penyayang Bantuan Rakyat Jelata untuk promosi dan jualan. Hasil keuntungan akan disalur ke dana Organisasi untuk membantu pihak yang memerlukan bantuan (Bantuan untuk Dana Usaha Perniagaan).
Peluang latihan Pendidikan dan Vokasional akan diberi secara percuma dan secara berperingkat, bergantung kepada kursus yang ditawar oleh institusi pendidikan yang bekerjasama dengan organisasi kami.
Terbuka 100 calon kekosongan kepada pelajar yang berkelayakan & disyorkan, dan anggaran sebanyak RM1 juta wang sumbangan digunakan sebagai dana simpanan, 20% daripadanya akan diperuntukkan belian bahan persekolahan serta bayaran untuk mengupah atau yuran biayaan kursus tertentu. .