Dana & Bantuan

DANA PRIHATIN PENYAYANG BANTUAN RAKYAT JELATA

Tujuan penubuhan dana: ditubuhkan berdasarkan prinsip tanpa mengira kewarganegaraan dan bangsa, demi mencapai konsep tolong menolong dan menjaga semua orang bersama-sama mengharungi masa-masa sukar yang mungkin dihadapi hari ini dan masa depan…. Sekarang dunia sedang menghadapi kemelesetan ekonomi, jangkitan Covid-19, dan pelbagai masalah menyebabkan kadar pengangguran meningkat. Kualiti hidup kebanyakan orang tidak dapat dijamin pada masa yang sukar ini, apatah lagi jaminan kehidupan, terutama mereka yang perlu bertanggungjawab menjaga ahli keluarga mereka. . .

Dana Prihatin Penyayang Bantuan Rakyat Jelata memahami dan bersimpati dengan saat-saat sukar yang dialami setiap orang pada masa ini, jadi Kami akan menolong orang dari semua lapisan masyarakat yang tidak mempunyai perlindungan perubatan dan menjaga agar semua orang, tanpa mengira bangsa dan kewarganegaraan, dapat menikmati keselamatan hidup dan sokongan yang paling asas.

Kumpulan benefisiari utama:

● Pengembara/Tramp

● Orang Kurang Upaya

● Orang yang mengalami sakit mental/terencat akal

● Keluarga miskin dan ibu bapa tunggal

● Rumah Jagaan Tua

● Rumah Anak Yatim

Semua pihak (organisasi, institusi atau individu) yang memenuhi syarat diseru supaya ambil bahagian dalam projek ini secara percuma. Biarlah kita bekerjasama mempromosikan projek untuk menolong golongan yang kurang bernasib baik, supaya mereka mendapat layanan yang adil dan praktikal dalam projek ini.

Orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat dialu-alukan untuk menyumbang atau menjadi ahli projek ini. . Dermawan boleh menderma / membuat derma jangka panjang atau menjadi ahli benefisiari untuk menyokong dan mempromosikan (Dana Prihatin Penyayang Bantuan Rakyat Jelata). Sekiranya anda rela, ahli benefisiari juga boleh mengesyorkan kelayakan anda kepada golongan rakyat yang lebih memerlukan bantuan projek ini.

Bagaimana menjadi ahli dana

Keahlian benefisiari Dana Prihatin Penyayang Bantuan Rakyat Jelata diperbaharui setiap dua belas bulan (satu tahun).
Jawatankuasa organisasi akan mengkaji semula keahlian yang telah tamat tempoh untuk menentukan sama ada ahli itu masih memenuhi syarat-syarat, dan kemudian memutuskannya sama ada keahlianya masih layak menjadi penerima bantuan. (Justifikasi ini meliputi ahli yang menjadi benefisiari melalui cadangan penderma atau penerima dana utama secara percuma dari organisasi).

Hanya 500 calon benefisiari yang akan mendapat bantuan dana pada peringkat pertama laksanaan dana ini.
Penambahan kuota benefisiari akan dipertingkatkan pada masa depan berdasarkan sokongan derma orang ramai.

Pada tahap pertama, seramai 500 calon benefisiari akan diterima. Anggaran RM1 juta derma dikumpulkan sebagai dana simpanan. Bantuan kewangan akan disediakan dan disalurkan kepada salah seorang antara 5 pemohon.

Tanpa mengira kewarganegaraan / bangsa

  • Warganegara Malaysia = (satu tahun)

  • Warga asing = (8 bulan)

  • Umur maksimum pemohon = 70 tahun

Peraturan dan perlindungan dana merangkumi:

  • Manfaat kematian :
    Merangkumi perbelanjaan pengebumian / Dana prihatin angaran berbelanja = RM8000 (sekali sahaja)

  • Hilang upaya seumur hidup
    Merangkumi perbelanjaan perubatan / Dana prihatin angaran berbelanja = RM8000 (sekali sahaja)

Penyakit Koronavirus:

  • Kematian:
    Merangkumi perbelanjaan pengebumian / Dana prihatin angaran berbelanja = RM8000 (sekali sahaja)

  • Pesakit yang dikuarantin: (untuk jangka masa 3 bulan)
    Bantuan perbelanjaran harian dan perubatan, anggaran RM500-RM800 (mengikut keadaan) apabila tidak dapat berkerja seperti biasa.

Peraturan dan undang-undang:

  • Tidak menerima pesakit barah yang telah didiagnosis sebelum menyertai keahlian. *(untuk mengelakkan ketidakadilan di kalangan ahli)(Sekiranya anda telah menjadi ahli, anda boleh memohon bantuan)

  • Tidak menerima pesakit menghidap penyakit koronavirus yang kini sedang didiagnosis dan dirawati.(Sekiranya anda telah menjadi ahli, anda boleh memohon bantuan)

  • Tidak menerima orang yang sedang mendapat rawatan kemalangan jalan raya. (jika anda telah menjadi ahli, anda boleh memohon bantuan)

  • Tidak menerima orang yang sedang mendapat rawatan di hospital sekarang. (jika anda telah menjadi ahli, anda boleh memohon bantuan)

  • Orang yang mati kerana bunuh diri tidak dapat pampasan. (tidak mendorong dan tidak menerima mereka yang tidak menghargai nyawa mereka)

  • Kecederaan atau kematian akibat jenayah dan pengesahan diagnosis koronavirus tidak akan dilayan, dan semua bantuan serta kelayakan yang relevan dalam organisasi akan dibatalkan. (Tidak mendorong atau menerima kesalahan jenayah)

  • Rekod perubatan pemohon perlu dilaporkan dengan benar, dan jawatankuasa akan memberikan bantuan yang sepadan setelah mengesahkan keadaannya. (Contohnya: pesakit diabetes / dialisis atau penyakit yang memerlukan rawatan jangka panjang)

PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN PENYAYANG PULAU PINANG

Alamat



Tel
E-mel
Facebook

:  11A Lorong Nangka 8,
   Taman Desa Damai,

   14000 Bukit Mertajam,
   Pulau Pinang.

+6011 1629 8108
:  enquiry@pkpppp.org
:  @pkpppp1



MAKLUMAT BANK

Nama Bank        :  Public Bank
Nama Akaun      :  PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN
                                     PENYAYANG PULAU PINANG

Nombor Akaun  :  3222869416