Prihatin e-dagangan

PLATFORM PRIHATIN E-DAGANGAN PENYAYANG BANTUAN RAKYAT JELATA

Lebih baik bagi joran ikan daripada bagi ikan. Ikan dapat menghilangkan rasa lapar sementara, tetapi tidak dapat menghilangkan rasa lapar jangka panjang. Untuk mencapai konsep ini, organisasi kami menyeru orang ramai untuk mengumpulkan dana dan mewujudkan peluang perniagaan yang mana boleh dikongsi oleh semua kelas masyarakat, tanpa mengira bangsa dan kewarganegaraan demi menambahkan pendapatan mereka. Orang ramai juga dapat membeli barang keperluan harian dengan harga yang agak murah di platform ini. Pada masa yang sama, ia juga membolehkan peniaga dari pelbagai bidang perniagaan dapat mengupah pekerja berbakat dan berpotensi di sini.

Di samping itu, orang ramai juga berpeluang dapat kestabilan pekerjaan untuk penanguhan saraan hidup keluarga, atau mencari pekerjaan sambilan untuk mengekalkan kehidupan dan menjana pendapatan tambahan melalui Platform Prihatin e-dagangan Penyayang Bantuan Rakyat Jelata yang menggabungkan operasi keseluruhan dalam urusan perbelanjaan penggunaan,keusahawanan pengambilan bakat dan peluang pekerjaan.

Dana yang dikumpulkan oleh Organisasi Prihatin Penyayang untuk projek ini akan digunakan untuk persediaan dan mengekalkan operasi platform. Dana yang dikumpul akan diagihkan untuk pengurusan operasi harian, dan promosi platform. Saya berharap mendapat sokongan jangka panjang dari semua lapisan masyarakat agar platform ini akan terus beroperasi dan memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat.

Image

Organisasi akan mengedarkan dana kepada pihak pengurusan yang berkelayakan untuk melaksanakan aplikasi perdagangan saling membantu supaya peniaga, ahli dana dapat memperolehi peluang perkerjaan atau usaha perniagaan di platform ini.

Marilah kita bergabung tenaga… yang kaya-raya boleh memberi sumbangan kewangan, yang lain boleh berkongsi dengan rakan dan saudara supaya mengembangkan konsep platform ini kepada semua pihak yang berkenaan.

PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN PENYAYANG PULAU PINANG

Alamat



Tel
E-mel
Facebook

:  11A Lorong Nangka 8,
   Taman Desa Damai,

   14000 Bukit Mertajam,
   Pulau Pinang.

+6011 1629 8108
:  enquiry@pkpppp.org
:  @pkpppp1



MAKLUMAT BANK

Nama Bank        :  Public Bank
Nama Akaun      :  PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN
                                     PENYAYANG PULAU PINANG

Nombor Akaun  :  3222869416